Rabu, 04 Agustus 2010

tujuh keajaiban dunia

Sekelompok pelajar kelas geografi belajar mengenai
"Tujuh Keajaiban Dunia."
Pada akhir pelajaran, pelajar tersebut di minta untuk
membuat daftar apa yang mereka pikir merupakan
"Tujuh Keajaiban Dunia" saat ini. Walaupun ada beberapa
ketidaksesuaian, sebagian besar daftar berisi:

1) Piramida Besar di Mesir
2) Taj Mahal
3) Grand Canyon
4) Panama Canal
5) Empire State Building
6) St. Peter's Basilica
7) Tembok China

    Ketika mengumpulkan daftar pilihan,
sang guru memperhatikan seorang pelajar,
seorang gadis yang pendiam,
yang belum mengumpulkan kertas kerjanya.
Jadi, sang guru bertanya kepadanya apakah dia
mempunyai kesulitan dengan daftarnya.

    Gadis pendiam itu menjawab,
"Ya, sedikit. Saya tidak bisa memilih karena sangat banyaknya."
Sang guru berkata,
"Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki,
dan mungkin kami bisa membantu memilihnya."

    Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca,
"Saya pikir Tujuh Keajaiban Dunia adalah:

1) Bisa menyentuh
2) Bisa mencicip
3) Bisa melihat
4) Bisa mendengar

    Dia ragu lagi sebentar, dan kemudian melanjutkan...

5) Bisa merasakan
6) Bisa tertawa
7) Dan bisa mencintai

    Ruang kelas tersebut sunyi seketika.
Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada
eksploitasi manusia dan menyebutnya "keajaiban"
sementara kita lihat lagi semua yang telah Tuhan
lakukan untuk kita, menyebutnya sebagai "biasa".
Semoga Anda hari ini diingatkan tentang segala hal
yang betul-betul ajaib dalam kehidupan Anda.

    Anak derhaka - Kiriman Hajijah Malaysia.

    Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai
pada tengah hari itu. I September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi
berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan kepala.
Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan,kata
saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalanke arah mereka.
" Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa.
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh
keluar dari kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya.
" Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham
bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka
katakan itu.
" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung
Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi
lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang
tengah nak keluarkan dia...tapi belum boleh lagi ".
" Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita
lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam
adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur
belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama
kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan
sakit pula enggan memberikannya wang.
" Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya,
perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun
dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.
" Maaak...kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,
kata gadis itu.
" Yalah, mak tau...tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja !" si gadis berkata.
" Tak ada ," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan,
gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun
habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang,
boleh,
tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !"
Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan
menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . " Saida..Sai.. dddaaa.."
katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai
Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik,
di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi.
Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar.
Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke
pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut.
Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi
tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui
jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.
Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur
pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya
nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak
terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu

    " Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya
serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi
kubur."
Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut
jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat
mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.
Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke
dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut,
tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah.
Si gadis mula cemas.
" Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh.
Seorang
demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak
boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.
Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis
tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk
menariknya keluar, juga tidak berhasil.
" Ayah...kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis
menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba
menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis
tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.
" Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah ?
" kata si gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang
,
ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal
mengeluarkan anaknya itu.
Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi
tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.
" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu
menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah
tidak boleh di empang lagi.
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal..
Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk
jenazah ibunya yang telah kaku.
Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh
ditarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.
Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu
lama
mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu
di kambus.
" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat
di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan
macam mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua
sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.
Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan,
upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk
talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup
untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.
Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur.
Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia
meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara
itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.
" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar
sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi
Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.
" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang
motosikal masing-masing menuju ke kubur.
Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah
kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur
yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang
sedang bersesak-sesak.
Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke
barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana
di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh
meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di
dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata
masing-masing.
Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis
berkenaan adalah kenalan saya.
" Pssstt...Raie...Raie..Psstt," saya memanggil , Raie yang
perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
" Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja
dia datang ke arah saya.
" Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya
perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan
khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..."saya memujuk.
Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tana
berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan
Raie
seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya
berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar
hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.
Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya
sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua
tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.
Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu
supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang
berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu
memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.
Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak.
Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil
menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan
merintih ; "Emak...ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada
emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."
Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada
mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada
arwah
ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan
saya,"
Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.
Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.
Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk
menyelamatkan gadis berkenaan.
" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil
menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung
tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya
terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.
Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka,
cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini beralaku di depan mata.
Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para
alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas 'tunai'.
Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit
saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu
tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan
kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak,
ampunkan
saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku
insaf..."
Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida
dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar,
tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air
matanya.
Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi
perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di
dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan
jurugambar
berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan .
Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis ,
permintaan itu terpaksa di tolak.
Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak
tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara
dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam
itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya
terngiang-ngiang di telinga.
Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun
minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya
masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah
di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat
besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan.
Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di
beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida
menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut
mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan
tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang
bercerita.
Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida
meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar
kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin
juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih
sangat dengan apa yang di lakukannya.
Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir,
barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di
sempurnakan seperti mayat-mayat lain.
Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang
melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

Tidak ada komentar: